Header Ads

test

SPIK : MELAHIRKAN GENERASI BERAKHLAK DAN MODAL INSAN


SPIK : MELAHIRKAN GENERASI BERAKHLAK DAN MODAL INSAN SUNGAI PETANI – Kerajaan negeri memainkan peranan penting dalam memastikan pembentukan akhlak dan modan insan rakyat dapat dilaksanakan secara berkesan. Pengerusi Jawatankuasa Luar Bandar, Kemiskinan dan Pembangunan Insan, YB Dato' Ustazah Siti Ashah Haji Ghazali berkata, kepentingan akhlak tidak hanya terhad kepada aspek moral dan etika, tetapi juga melibatkan pembentukan karakter, hubungan sosial, dan kesejahteraan umum. "Pelbagai program yang telah dirancang dan akan dilaksanakan ini bertujuan untuk membentuk dan memperkasa individu dan komuniti melalui penekanan kepada pembangunan modul-modul bermula dari dalam diri individu, dengan kesan positif yang meluas kepada keluarga, masyarakat, agama, dan khusus kepada pembangunan modal insan negeri kedah. "Hasil pembangunan insan yang ditanam pada hari ini, akan kita dapati hasilnya pada 10 tahun akan datang," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika ucapan aluan Perasmian Penutup Festival Insan Sejahtera yang berlangsung di Masjid Tunku Sallehuddin, Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani, di sini, hari ini. Beliau turut memaklumkan, program terdekat yang akan dilaksanakan adalah Kem Remajaku Sejahtera yang akan diadakan di enam daerah pada 17 hingga 19 September ini. "Modul yang difokuskan dalam kem ini adalah modul akhlak, keagamaan dan juga aktiviti berkumpulan. Antara manfaat yang akan diperolehi adalah mengetahui tanggungjawab sebagai pelajar, anak dan insan yang baik kepada orang di sekeliling. Memahami asas sebagai seorang muslim dan mempunyai keperibadian dan akhlak terpuji selaras dengan sunnah Rasulullah SAW. "Seterusnya program Bengkel Penggerak Insan Sejahtera, Kursus Asas Fasilitator dan Kem Bina Sahsiah pada hujung tahun ini," ujarnya lagi. Dalam perkembangan yang sama, Sekretariat Pembangunan Insan Negeri Kedah (SPIK) akan melancarkan buku 40 ayat pembangunan insan yang akan dijadikan sebagai rujukan para pendakwah dan tenaga pengajar di negeri Kedah. Beliau mengharapkan festival ini menjadi platform terbaik untuk menyumbang kepada pembangunan negeri sekaligus memastikan negeri Kedah berada di tangan generasi berilmu dan berwawasan. #TheGreaterKedah #ExperienceKedah #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 9/8/2024, 2:14:15 PM 

Tiada ulasan