Header Ads

test

Tadbir urus yang cekap oleh Kulim Hi-Tech Park sebagai Taman Teknologi terawal di Malaysia dalam menyediakan prasarana yang baik...


Tadbir urus yang cekap oleh Kulim Hi-Tech Park sebagai Taman Teknologi terawal di Malaysia dalam menyediakan prasarana yang baik serta tarif yang kompetitif telah mampu menarik minat pelabur-pelabur gergasi untuk datang melabur di KHTP. Timbalan Perdana Menteri II, YAB Dato' Sri Fadillah Yusof berkata, kerjasama di antara kerajaan Persekutuan dan Negeri perlu ditingkatkan untuk mencapai kejayaan dan kemajuan bersama. "KHTP akan kekal menjadi pilihan utama pelabur dengan prasarana yang bertaraf dunia, cekap tenaga dengan menawarkan tarif yang kompetitif di Semenanjung ketika ini. Ini terbukti apabila Kedah kekal berada di kedudukan teratas di antara negeri yang menerima pelaburan tertinggi bagi suku pertama 2024" Beliau berkata demikian ketika Majlis Perasmian Stesen Jana Kuasa Turbin Gas kitaran terbuka 90MW oleh N.U.R Power Sdn Bhd di Kulim Hi-Tech Park, semalam. "Kedah Sejahtera, Nikmat untuk Semua" #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA #ExperienceKedah #TheGreaterKedah -UPDA 8/31/2024, 8:00:49 PM 

Tiada ulasan