Header Ads

test

TARAF EKONOMI PELADANG PERLU DITINGKATKAN


TARAF EKONOMI PELADANG PERLU DITINGKATKAN GURUN – Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) dan Malaysian NPK Fertilizer disarankan memperkukuhkan kerjasama dengan kerajaan negeri untuk menjayakan misi mempertingkatkan taraf ekonomi peladang. Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata kerjasama erat antara NAFAS dan kerajaan negeri amat penting dalam memastikan peladang dapat memanfaatkan sepenuhnya teknologi moden dan amalan pertanian baharu. "Kerajaan Negeri akan sentiasa menyokong usaha yang dijalankan oleh NAFAS dan Malaysian NPK Fertilizer untuk kebaikan para petani. "Melalui usaha ini, kita dapat mengambil tahu perkembangan terkini berkaitan sektor pertanian serta memanfaatkan ruang jalinan kerjasama antara peladang dan petani serta agensi-agensi seperti NAFAS bersama Kerajaan Negeri," kata Sanusi. Jelasnya lagi, usaha untuk meningkatkan hasil ladang perlu dilakukan semaksima mungkin dalam memenuhi keperluan dan keterjaminan makanan pada masa kini. Tambahnya, sumber makanan negara masih bergantung tinggi kepada makanan yang diimport dari negara luar dengan nilaian kos yang sangat tinggi sehingga mencecah lebih RM50 bilion setiap tahun. "Kesedaran ini perlu diberikan kepada warga peladang supaya mereka mampu berdaya saing dan lebih giat dalam menceburi sektor pembuatan menerusi pendekatan komersial sekaligus mengaut hasil yang lebih lumayan. "Semoga dengan usaha yang dijalankan dapat menjadikan negara kita bergerak maju seiring negara lain serta taraf hidup warga peladang akan lebih berjaya dipertingkatkan pada masa akan datang," kata beliau sewaktu program lawatan kerja ke kilang Malaysia NPK Fertilizer, Gurun. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #MBKedah #thegreaterkedah -UPDA 9/8/2024, 8:53:09 PM 

Tiada ulasan