Terputus daripada sumber rezeki merupakan satu pengalaman yang sukar terutamanya bagi komuniti nelayan di DUN Kubang Rotan
Terputus daripada sumber rezeki merupakan satu pengalaman yang sukar terutamanya bagi komuniti nelayan di DUN Kubang Rotan. Nikmat ihsan dan kasih sayang yang menjadi pendorong pada banyak pihak untuk tampil menghulurkan bantuan dan sumbangan kepada golongan yang kurang bernasib baik setiap kali berlakunya bencana dan musibah. Tidak kira siapa mereka, individu, pertubuhan sukarela, syarikat perniagaan, badan korporat, sentiasa bersedia menghulurkan sokongan dengan cara masing-masing. ADUN Kubang Rotan, YB Dato' Haji Mohd Salleh Saidin menyampaikan sumbangan kepada 135 penerima terdiri daripada nelayan-nelayan yang sudah dua minggu tidak dapat turun ke laut. Sumbangan berupa bakul makanan dan sumbangan lain itu sebahagiannya adalah daripada SD Guthrie dan Yayasan Sime Darby. Dalam majlis tersebut, SD Guthrie diwakili Pengurus Besarnya, Izaharuddin manakala Yayasan Sime Darby oleh Shudada. Turut hadir wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Kedah, Firdaus Othman. SD Guthrie turut memaklumkan peluang kepada anak-anak DUN Kubang Rotan untuk menyambung pelajaran di bawah tajaan pihaknya, dan seterusnya bekerja dengan syarikat tersebut selepas tamat pengajian. Terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada SD Guthrie, Yayasan Sime Darby dan JKM serta semua pihak yang menjayakan program 'Sumbangan Prihatin Nelayan' tadi, terutamanya Bang Non selaku tuan rumah dan Pengerusi NEKAD, Azmi Bahari. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 9/23/2024, 7:00:40 PM
Post a Comment