Header Ads

test

TITI GANTUNG BERUSIA HAMPIR 40 TAHUN SIAP DIPERBAIKI


TITI GANTUNG BERUSIA HAMPIR 40 TAHUN SIAP DIPERBAIKI KUALA NERANG - Titi gantung Pengkalan Tiak, Kampung Barohkas yang berusia hampir 40 tahun diperbaiki. ADUN Kuala Nerang, YB Haji Mohamad Yusoff@Munir Zakaria berkata, titi gantung ini merupakan laluan pintas bagi penduduk kampung untuk ke dusun dan kebun. "Alhamdulillah akhirnya siap berkat gotong royong bersama penduduk Kampung. "Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Kuala Nerang juga telah beberapa kali menyumbangkan bahan binaan bernilai lebih RM5 ribu bagi memastikan keselamatan dan keselesaan penduduk kampung," ujarnya. Beliau juga meminta para penduduk untuk menjaga harta awam sebaik mungkin demi memberi manfaat kepada semua penduduk. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" Kredit Video : YB Hj Munir Mohamad Yusoff #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA #TheGreaterKedah #ExperienceKedah -UPDA 9/1/2024, 11:34:14 AM 

Tiada ulasan