ZIARAH KASIH PRIHATIN DUN KUAH DI KAMPUNG PENARAK
Pegawai Khas ADUN Kuah, Faiz Kadir dan Alif Hakimi mengadakan Ziarah Kasih Prihatin di Kampung Penarak, Kuah, Langkawi, semalam.
Mereka hadir menziarahi Puan Nurliana Chia, yang lebih mesra dipanggil Kak Na, seorang pesakit terlantar yang tinggal bersama suaminya.
Kak Na telah menghubungi Pusat Khidmat untuk memohon bantuan pampers.
Berikutan itu, Pusat Khidmat Komuniti DUN Kuah meluluskan permohonan tersebut dan hadir menyerahkan sumbangan pampers serta barangan keperluan lain kepada beliau.
Semoga bantuan ini dapat meringankan beban Kak Na sekeluarga dan mendoakan agar beliau segera sembuh seperti sedia kala.
Turut hadir, Pengerusi Majlis Ketua Kampung (MKK) Penarak, Adnan Kamis dan Setiausaha (MKK), Zariff Thaqif.
“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”
#UrusSetiaPeneranganDarulAman#UPDA
Post a Comment