Header Ads

test

100 ASNAF DUN GURUN TERIMA ZAKAT PKNK


100 ASNAF DUN GURUN TERIMA ZAKAT PKNK GURUN - Seramai 100 asnaf DUN Gurun terima Agihan Wakalah Zakat Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) di Batu 2, Gurun. Program ini merupakan anjuran Puspanita PKNK dan Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Gurun. Agihan bantuan Wakalah Zakat daripada PKNK dengan nilai keseluruhan RM 10,000.00 kepada 100 orang penerima yang hadir terdiri daripada mangsa-mangsa banjir baru-baru ini dan keluarga asnaf. ADUN Gurun, YB Baddrol Bakhtiar juga turut menyampaikan sumbangan Bantuan Awal Kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi (iBAKIPT) kepada 29 orang penerima dengan nilai keseluruhan RM 8,700 daripada Kerajaan Negeri Kedah. Majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran Pengerusi Puspanita PKNK, Datin' Wira Noor Afza Osman dan Pegawai-pegawai PKNK. YB Baddrol mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak PKNK dan Puspanita di atas kesudian memilih DUN Gurun untuk diberikan sumbangan. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UPDA #UrusSetiaPeneranganDarulAman -UPDA 10/17/2024, 12:30:55 PM 

Tiada ulasan