50 ASNAF DUN PANTAI MERDEKA TERIMA WAKALAH ZAKAT PKNK
50 ASNAF DUN PANTAI MERDEKA TERIMA WAKALAH ZAKAT PKNK SUNGAI PETANI - Seramai 50 asnaf menerima sumbangan wakalah zakat daripada Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) yang melibatkan 16 kampung sekitar DUN Pantai Merdeka. Majlis pemberian sumbangan ini disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PKNK, Dato' Wira Isahak Murat. ADUN Pantai Merdeka, YB Ustaz Sharir Long mengharapkan sumbangan ini dapat diteruskan lagi buat kali ketiga pada tahun hadapan. Katanya, sumbangan seperti ini memberi banyak manfaat terutamanya kepada golongan asnaf disamping dapat meringankan beban mereka dalam mencari rezeki harian. Turut hadir, Timbalan Pengerusi PUSPANITA PKNK, Datin Wira Noor Afza Osman, Ketua Balai Polis Tikam Batu, SM Zabidi Lamun dan Penghulu Mukim Pekula, Zamri Jamaluddin serta Majlis Ketua Kampung terlibat. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UPDA #UrusSetiaPeneranganDarulAman -UPDA 10/15/2024, 2:30:33 PM
Post a Comment