94 BUAH SEKOLAH AGAMA RAKYAT KEDAH TERIMA SMART TV DAN LCD
94 BUAH SEKOLAH AGAMA RAKYAT KEDAH TERIMA SMART TV DAN LCD KULIM - Kerajaan negeri Kedah bersetuju memberikan set Program Pendigitalan iaitu Smart TV dan Projecktor LCD kepada 94 buah sekolah agama rakyat termasuk 13 buah sekolah dibawah lembaga maktab mahmud. Pengerusi Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan, YB Dato' Ustaz Mohd Azam Abd Samat berkata, sumbangan itu akan diagihkan secara berfasa dalam tempoh tiga tahun bermula tahun ini dengan 31 buah sekolah diikuti dengan sekolah lain pada tahun hadapan. "Saya berharap semua pihak akan dapat menjaga dengan baik Smart TV dan Projektor ini dan mengambil manfaat untuk bersama-sama melangkah ke hadapan dalam memperkasa sistem pendidikan kita khususnya bagi pencapai The Greater Kedah," ujarnya ketika merasmikan Majlis Program Pendigitalan Sekolah Agama Negeri Kedah dan Pelancaran Program Lestari Digital Didik Kedah di Kompleks Sukan Kulim High Tech, di sini, hari ini. Jelas beliau, pendigitalan dapat membuka peluang bagi pelajar untuk mengakses bahan-bahan pendidikan dari pelbagai sumber, tanpa had waktu dan tempat. Tambahnya lagi, Smart TV menyediakan paparan visual yang jelas dan besar dan amat sesuai digunakan di bilik darjah untuk menunjukkan video pembelajaran, simulasi interaktif dan bahan-bahan multimedia yang lain. Menurut beliau, pendigitalan itu juga meningkatkan kecekapan pembelajaran dan membolehkan pelajar mendalami ilmu agama dengan lebih mendalam dan komprehensif. "Seiring dengan perkembangan teknologi, adalah amat penting bagi kita untuk memastikan sekolah-sekolah agama kita turut maju ke hadapan. "Ini termasuk penggunaan alat bantu mengajar digital, platform e-learning, dan aplikasi pendidikan yang dapat memudahkan murid-murid memahami dan menguasai ilmu agama dengan lebih baik," katanya. #UPDA #urussetiapenerangandarulaman -UPDA 10/29/2024, 2:49:49 PM
Post a Comment