MANGSA BANJIR TERUS DIBERI PERHATIAN TANPA SISIHKAN RAKYAT PALESTIN
ALOR SETAR – Kerajaan negeri Kedah akan terus memberi perhatian kepada bantuan mangsa banjir, ribut dan angin taufan.
Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata sumbangan tersebut adalah hasil kutipan daripada anak-anak syarikat di bawah kerajaan negeri.
Jelasnya, pada peringkat awal sumbangan tersebut telah diperuntukkan hanya kepada rakyat Palestin.
Namun, melihat kepada kesan bencana yang menimpa rakyat Kedah telah memusnahkan kediaman serta menjejaskan lapangan pekerjaan.
“Selebihnya daripada perbelanjaan untuk bantuan kepada saudara-saudara kita yang ditimpa musibah banjir, kita akan berikan juga kepada saudara-saudara di Palestin.
“Ini bukanlah kali pertama kita membuat kutipan untuk Palestin, sudah berulang kali dan kita akan terus membulatkan tekad selama mana saudara-saudara di Palestin memerlukan pertolongan, kita akan bersedia untuk menghulurkan dengan sedaya upaya,” ujar beliau.
Post a Comment