Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


Pegawai Pusat Khidmat DUN (PKD) Belantek, Holil Aziz turun meninjau ke beberapa Lokasi di Mukim Sok, baru-baru ini. Penduduk kampung memohon beberapa perkara berkaitan infrastruktur kepada PKD Belantek. Di Kampung Kuala Beris, PKD Belantek menerima permohonan untuk melebar dan meluaskan parit kerana sering banjir. Pengerusi MKK Batu Seketul turut memohon supaya dilebarkan parit di rumahnya kerana sudah beberapa kali rumah beliau dimasuki air akibat banjir. Manakala di Kampung Perangin, tanah runtuh telah mengakibatkan jalan terputus sehingga mengundang risiko kepada penduduk yang menggunakannya. PKD Belantek akan membina jalan sementara bagi memudahkan pergerakan keluar masuk penduduk sehingga peruntukan dikeluarkan oleh Pejabat Daerah Sik ataupun Pejabat Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS). ADUN Belantik, YB Haji Ahmad Sulaiman berkata, ketiga-tiga projek ini akan ditanggung sepenuhnya oleh PKD Belantek bagi memastikan keselesaan penduduk. Insya-Allah, PKD Belantek akan sentiasa sedaya upaya membantu penduduk yang memerlukan. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UPDA #UrusSetiaPeneranganDarulAman -UPDA 10/13/2024, 6:00:22 PM 

Tiada ulasan