Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post
Hasrat penduduk Kampung Relau untuk mendapatkan sumber air masyarakat tercapai setelah permohonan mereka kepada pihak Lembaga Sumber Air Negeri Kedah (LSANK ) diluluskan. Pegawai LSANK diketuai Jurutera, Puan Siti Hawa Dalila Alias turun ke Kampung Relau disambut mesra oleh ADUN Bandar Baharu, YB Ts Dr. Mohd Suffian Yusoff dan kakitangan Pusat Khidmat Wakil Rakyat Bandar Baharu. Beberapa siri perbincangan melibatkan beberapa pihak akan diadakan dan pihak Jawatankuasa Air Masyarakat diminta untuk menanda koordinat lokasi serta jarak kolam dengan paip sambungan sebelum dialirkan kepada penduduk. Hadir sama, Penghulu Mukim Relau, Pengerusi MKK, Jawatankuasa Air Masyarakat serta wakil penduduk kampung terbabit. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UPDA #UrusSetiaPeneranganDarulAman -UPDA 10/16/2024, 9:02:08 PM
Post a Comment