Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post
Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Masyarakat Cina, India & Siam dan NGO, YB Wong Chia Zhen menghadiri Program Penyerahan Voucher Deepavali kepada golongan yang memerlukan anjuran Kulim Hindu Sabha. Beliau menjelaskan bahawa kerajaan negeri sentiasa prihatin terhadap golongan fakir miskin tanpa mengira latar belakang, bangsa dan agama. Selain itu, beliau juga menekankan bahawa kerajaan negeri akan selalu mengambil kira sensitiviti masyarakat India, sebarang isu yang melibatkan pemindahan kuil India akan dibincangkan untuk kepentingan komuniti India di Kedah. #UPDA #UrusSetiaPeneranganDarulAman -UPDA 10/24/2024, 3:30:57 PM
Post a Comment