Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Tokai turun menziarahi beberapa orang pesakit di Kampung Rambai. Ziarah bermula di rumah saudara Arif, seorang mangsa kemalangan ngeri yang mengalami kecederaan parah. Kaki kanannya terpaksa dipotong, manakala kaki kirinya patah akibat insiden ketika dalam perjalanan ke tempat kerja. Seterusnya, rombongan mengunjungi Mak Long Fauziah yang terlibat dalam kemalangan mottosikal dan mengalami pendarahan di kepala. Akhir sekali, mereka melawat Mak Long Khairiyah yang sedang mengalami sakit tua. ADUN Tokai, YB Dato' Dr Mohd Hayati mendoakan agar semua pesakit diberikan kesembuhan dan kekuatan dalam menghadapi ujian. Turut hadir, Majlis Ketua Kampung (MKK) Kampung Rambai, Nasir. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UPDA #urussetiapenerangandarulaman -UPDA 10/24/2024, 11:00:44 AM 

Tiada ulasan