Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post
Berat ujian ditanggung, izinkan kami meringankannya. ADUN Kupang, YB Brigedier Dato' Haji Najmi Haji Ahmad menyampaikan bantuan kepada 54 orang mangsa banjir dari Kampung Malau Seratus fasa tiga di Pejabat Penghulu mukim Bakai, semalam. Semoga Allah memberikan kemudahan kepada semua selepas kesulitan dirasai. Hadir sama, Penghulu mukim Bakai selaku tuan rumah, Ruzaini Mad Saad, Pengerusi Sekretariat Pusat Khidmat DUN Kupang, Zulkifli Ramli, Pengerusi Majlis Ketua Kampung (MKK) Kampung Malau Seratus, Che Ridzuan Yusoff, Pegawai Khas ADUN Kupang, Mohd Sabri Abu Bakar dan Ahli Majlis Daerah Baling, Amran Ayob. Terima kasih kepada semua yang hadir bersama menyantuni rakyat. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UPDA #UrusSetiaPeneranganDarulAman -UPDA 10/21/2024, 1:00:31 PM
Post a Comment