Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post
Sumbangan Bantuan Awal Kemasukan Ke Institusi Pengajian Tinggi (iBAKIPT) untuk sesi kedua fasa ke enam bagi DUN Bandar Baharu telah diadakan di Dewan Dato' Fadhil Noor, Serdang, baru-baru ini. Seramai 32 pelajar menerima sumbangan yang diwakili oleh waris masing-masing. Dalam ucapan ringkas, ADUN Bandar Baharu, YB Ts Dr Mohd Suffian Yusoff mengingatkan para pelajar agar jadikan ilmu sebagai harta yang perlu dicari bagi membantu mereka untuk maju kehadapan. Dalam masa yang sama, aspek spiritual juga perlu diperkemaskan untuk membentuk jati diri sebagai seorang muslim yang berjaya. Sumbangan iBAKIPT ini disampaikan oleh isteri kepada Dr Suffian, Hajjah Norlia Mohamed@Yusof. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UPDA #UrusSetiaPeneranganDarulAman -UPDA 10/22/2024, 1:00:44 PM
Post a Comment