Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post
KEDAH TERIMA SUMBANGAN BANJIR RM100 RIBU DARIPADA KELANTAN ALOR SETAR - Kerajaan negeri Kedah telah menerima sumbangan sebanyak RM100,000 daripada kerajaan negeri Kelantan bagi membantu mangsa banjir yang terjejas di negeri itu. Sumbangan tersebut diserahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Kelantan, YB Rohani Ibrahim kepada Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Insan dan Pembasmian Kemiskinan, YB Dato Hajah Ustazah Siti Ashah Haji Ghazali dalam satu majlis ringkas di Wisma Darul Aman, hari ini. Dalam ucapannya, Rohani berkata sumbangan itu atas dasar ukhuwah islamiyyah dan rakan SG4. "Kami turut terasa kerana Kelantan juga pernah mengalami banjir yang teruk dan semoga ujian ini membawa rahmat buat kita,"katanya. Sementara itu, YB Dato Hajah Ustazah Siti Ashah turut menerangkan bahawa kerajaan negeri Kedah telah mengeluarkan sebanyak RM3.5 juta sumbangan kepada mangsa banjir. "Alhamdulillah kita nampak setakat ini dengan bantuan Khidmat Malaysia yang turun padang setiap hari, hampir 800 buah rumah telah dibersihkan," ujar EXCO Kerajaan negeri Kedah itu lagi. Bencana banjir yang melanda Kedah baru-baru ini telah menyebabkan banyak rumah ditenggelami air dan ramai penduduk terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara. Turut hadir, Ahli Parlimen Rantau Panjang, YB Dato' Siti Zailah Mohd Yusoff; ADUN Pengkalan Kundor, YB Mardhiyyah Johari; ADUN Pedu, YB Haji Mohd Radzi Md Amin; Ahli Parlimen Padang Terap, YB Nurul Amin Hamid merangkap Pengarah Khidmat Malaysia Kedah dan wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat Kota Setar. #UPDA #UrusSetiaPeneranganDarulAman -UPDA 10/7/2024, 1:59:19 PM
Post a Comment