Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post
ADUN Alor Mengkudu, YB Muhammad Radhi Md Din menyampaikan sumbangan Bantuan Awal Kemasukan Ke Institusi Pengajian Tinggi atau iBAKIPT peringkat DUN Alor Mengkudu kepada 34 orang penerima yang berjaya melanjutkan pengajian ke IPT. Sumbangan sebanyak RM300 seorang ini merupakan satu penghargaan dan pengiktirafan oleh kerajaan negeri kepada anak Kedah yang berjaya ke IPT. Diharapkan sumbangan ini dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya. Semoga para pelajar yang menerima iBAKIPT dapat menamatkan pengajian mereka dengan cemerlang dan seterusnya dapat menabur bakti kepada agama, bangsa dan negeri sekembalinya dari pusat pengajian nanti. #UPDA #UrusSetiaPeneranganDarulAman -UPDA 10/24/2024, 11:30:20 AM
Post a Comment