Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


Pusat Khidmat Komuniti DUN Kuah menyerahkan Bantuan Awal Kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi (iBAKIPT) kepada 10 orang penerima yang berjaya melanjutkan pelajaran. ADUN Kuah, YB Amar Pared Mahamud berkata, sumbangan ini diberikan bagi membantu anak-anak negeri Kedah yang memerlukan bantuan kewangan untuk ke IPT. "Mereka yang diluluskan permohonan akan menerima sumbangan sebanyak RM300 dari Kerajaan Negeri Kedah menerusi Pusat Khidmat ADUN masing-masing. "Bantuan akan terus dikreditkan ke dalam akaun bank pelajar," ujarnya. Beliau merakamkan ucapan syabas kepada mereka yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPT. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UPDA #UrusSetiaPeneranganDarulAman -UPDA 10/7/2024, 5:00:28 PM 

Tiada ulasan