Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat Negeri Kedah, YB Dato' Hajjah Halimaton Shaadiah Saad menghadiri Majlis Perasmian Program Seminar Citra Minta Intergenerasi Peringkat Negeri Kedah Tahun 2024 di Dewan Belia, Alor Setar. Program ini diadakan bagi memberi peluang kepada warga emas dan kanak-kanak dari pelbagai generasi untuk menjalankan aktiviti bersama sekali gus berkongsi pengalaman dan pengetahuan bersama yang melibatkan warga emas, pelajar- pelajar, kanak kanak daripada institusi atau kumpulan sasar jabatan. Program ini juga merupakan medium pelaksanaan yang berkesan bagi memberi kesedaran kepada golongan muda dan warga emas mengenai kepentingan bermasyarakat. Selain itu, menanam rasa hormat menghormati yang kian terhakis dalam kalangan generasi masa kini seterusnya memberi kesedaran dan merapatkan jurang antara dua generasi muda dan warga emas. Penghargaan terima kasih kepada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah, PDRM IPK Alor Setar, UUM Sintok, urusetia JKM yang memastikan program berjalan lancar. #UPDA #UrusSetiaPeneranganDarulAman -UPDA 10/15/2024, 12:31:00 PM 

Tiada ulasan