Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Masyarakat Cina, India & Siam dan NGO, YB Wong Chia Zhen hadir ke Acara Persembahan Kebudayaan Tionghua Sekolah-Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Negeri Kedah(Zon Selatan) Ke-4 yang secara rasminya melabuhkan tirai. Acara ini dianjurkan oleh Persatuan Lembaga Pengelola Sekolah Cina Kedah dan diselaraskan oleh Jawatankuasa Pembangunan Pendidikan Cina Kedah Selatan serta Kesatuan Guru-Guru SJKC Kedah Selatan. Turut diadakan persembahan gendang 24 musim, tarian, crosstalk, deklamasi puisi serta persembahan budaya Cina yang lain oleh para pelajar yang berpakaian serba cantik. Ini secara tidak langsung telah memartabatkan usaha kita dalam memelihara warisan budaya, menonjolkan nilai dan intipatinya. #UPDA #UrusSetiaPeneranganDarulAman -UPDA 10/21/2024, 3:45:03 PM 

Tiada ulasan