Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post
ADUN Derga, YB Muhamad Amri Wahab menyampaikan bantuan IBAKIPT, Khairat Kematian serta sumbangan pek makanan asas dari Econsave kepada beberapa penerima di sekitar kawasan DUN Derga. Serahan ini bertujuan untuk membantu meringankan beban keluarga yang terkesan, sama ada dalam menghadapi keperluan pendidikan mahupun menguruskan perkara-perkara berkaitan kematian. Turut hadir wakil Ahli Parlimen Pokok Sena, YB Dato' Ustaz Ahmad Yahya iaitu Amir dan Azmi. #UPDA #UrusSetiaPeneranganDarulAman -UPDA 10/3/2024, 10:00:38 PM
Post a Comment