Header Ads

test

25 ANAK MUDA KEDAH SERTAI PROGRAM KEDAH FUTURE LEADERS


25 ANAK MUDA KEDAH SERTAI PROGRAM KEDAH FUTURE LEADERS ALOR SETAR - Seramai 25 orang graduan dipilih menyertai program Kedah Future Leaders anjuran kerajaan negeri dengan kerjasama Institut Pengurusan dan Integriti Negeri Kedah (INSPIN). Pengerusi Jawatankuasa Industri & Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi & Sains, YB Dr. Haim Hilman Abdullah berkata, program itu merupakan dijalankan bagi tujuan membekalkan pengalaman pekerjaan berprestasi tinggi kepada mahasiswa anak Kedah. Menurut beliau, program ini juga bertujuan untuk membina jati diri yang kuat kepada anak muda dan memupuk rasa kasih sayang kepada negeri Kedah. "Persiapkan diri dan jiwa kerana program ini adalah untuk melatih kalian agar benar-benar dapat mengisi segala ruang yang diperlukan dalam sesebuah negeri," ujar beliau ketika merasmikan Program Graduan Berprestasi Tinggi Negeri Kedah (Kedah The Future Leaders) bertempat di INSPIN, di sini, hari ini. Tambahnya lagi, program ini dilaksanakan selaras dengan titah Sultan Kedah agar rakyat dapat membuat persiapan diri untuk menghadapi cabaran di luar, sama ada dalam bentuk ekonomi, geopolitik dan sebagainya. Jelas Dr. Haim Hilman Abdullah lagi, para peserta perlu mempunyai kesungguhan untuk menjadi seorang yang luar biasa kerana sejarah membuktikan barisan kepimpinan negara ramai ditunjangi oleh orang Kedah. "Jika kalian lakukan yang terbaik dalam program ini dan lakukan yang luar biasa, saya yakin kalian akan diserap ke agensi-agensi yang bersama dalam program ini," "Kalian ada 35 tahun lagi untuk berada di hadapan dalam memimpin negeri dengan sebaiknya," kata beliau. #UPDA #urussetiapenerangandarulaman -UPDA 11/4/2024, 6:41:39 PM 

Tiada ulasan