Header Ads

test

BAJET 2025 : EXCO KEDAH TEGASKAN KOMITMEN PEMBANGUNAN HOLISTIK


BAJET 2025 : EXCO KEDAH TEGASKAN KOMITMEN PEMBANGUNAN HOLISTIK ALOR SETAR – Kerajaan Negeri Kedah melalui Exco Kerja Raya, Air, Sumber Asli dan Alam Sekitar, YB Haji Mohamad Yusuf Haji Zakaria, menegaskan komitmennya dalam memastikan pembangunan holistik. Dalam ucapan penggulungannya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah di Wisma Darul Aman hari ini, beliau berkata fokus utama kerajaan adalah memastikan infrastruktur, bekalan air, pengairan serta alam sekitar diberi perhatian serius untuk kesejahteraan rakyat. Bajet 2025 menurut Mohammad Yusuf memperuntukkan sejumlah RM45.1 juta untuk projek utama pembangunan infrastruktur seperti jalan raya dan jambatan. Selain itu, kerajaan juga telah menyediakan peruntukan RM246.9 juta melalui pinjaman Kerajaan Persekutuan dan Negeri untuk memastikan bekalan air terawat sentiasa mencukupi bagi rakyat Kedah. Tambah beliau, kerajaan negeri turut memperuntukkan RM4.62 juta bagi penambahbaikan sistem pengairan dan saliran, khususnya di kawasan pertanian serta memperkenalkan Program Denai Sungai untuk menggalakkan penglibatan komuniti dalam pemeliharaan sumber air. Sementara itu, kerajaan Kedah turut melaksanakan beberapa inisiatif mitigasi bencana seperti projek tebatan banjir dengan peruntukan RM4.7 juta serta menambah projek RTB (Rancangan Tanah Belia) dalam usaha menangani perubahan iklim. "Kerajaan Negeri Kedah tetap komited dalam memastikan pembangunan yang lebih baik untuk rakyat. "Kita mahu melihat Kedah sebagai negeri yang maju dengan infrastruktur yang kukuh, bekalan air yang mencukupi serta alam sekitar yang terjaga," ujarnya. #sidangbajetkedah2025 #urussetiapenerangandarulaman -UPDA 11/27/2024, 4:29:24 PM 

Tiada ulasan