Header Ads

test

BIN ZAYED TARIK DIRI, TIADA KAITAN DENGAN KERAJAAN NEGERI


BIN ZAYED TARIK DIRI, TIADA KAITAN DENGAN KERAJAAN NEGERI ALOR SETAR – Penarikan diri Bin Zayed International Group of Companies (BZI) daripada projek Langkasuka bernilai RM40 billion tidak melibatkan Kerajaan Negeri Kedah. Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, jalinan kerjasama projek Widad Business Group Sdn Bhd dan BZI merupakan inisiatif swasta dan sama sekali tidak kaitan dengan kerajaan negeri. "Tarik diri itu bukan eksesais baharu tetapi tak tahu mengapa ia baru berbangkit sahaja. Keputusan BZI itu sudah diumumkan di Bursa Malaysia kerana mereka syarikat disenaraikan. "Projek kerjasama antara BZI dan Widad untuk projek itu juga diumumkan oleh Perdana Menteri ketika itu di Kuala Lumpur, bukan di Kedah. "Pengumuman sebelum ini pun dibuat oleh Menteri Kewangan terdahulu yang kini menjadi Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), bukan saya pergi cari dia," katanya pada sidang media selepas membentangkan Belanjawan Kedah 2025 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah di Wisma Darul Aman hari ini di sini. Mengulas lanjut, Sanusi berkata kerajaan negeri hanya bertanggungjawab dalam aspek kelulusan tanah sahaja bagi projek berkenaan. "Fungsi kerajaan adalah prosedur meluluskan tanah ikut undang-undang. Kita luluskan tanah dan dia bayar premium dan cukai. Itu saja fungsi kerajaan negeri," kata beliau. Menurutnya isu itu dilihat seperti sengaja dibangkitkan semula dan seakan-akan ingin menjatuhkan pihak kerajaan negeri. "Saya pun hairan macam nak cari salah kita pula sedangkan projek swasta. "Saya difahamkan fasa satu (projek Widad) sedang berjalan tapi perlahan, bukan dengan Bin Zayed tetapi berjalan sendiri" ujarnya. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #sidangbajet2025 #UPDA -UPDA 11/24/2024, 5:17:18 PM 

Tiada ulasan