Header Ads

test

DARI PENGHUNI DAPUR KEPADA USAHAWAN COKLAT


DARI PENGHUNI DAPUR KEPADA USAHAWAN COKLAT PENDANG - "Tangan yang menghayun buaian kini mampu menghasilkan coklat berkualiti." Itulah gambaran yang dapat dilihat apabila seramai 30 beliawanis Kedah berjaya menamatkan Kursus Asas Pembangunan Usahawan Coklat. Program anjuran Sekretariat Belia Sejahtera Negeri Kedah dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan NISA' Daerah Pendang itu membuka lembaran baharu kepada golongan beliawanis untuk meneroka bidang keusahawanan berasaskan coklat. Pengerusi Jawatankuasa Kepenggunaan & Kos Sara Hidup, Belia dan Sukan Negeri Kedah, YB Haji Muhamad Radhi Mat Din berkata, program dua hari itu merupakan satu usaha strategik bagi membangunkan potensi beliawanis dalam bidang keusahawanan. "Kita tidak mahu lagi beliawanis hanya dianggap sebagai 'penghuni tetap' dapur semata-mata. Mereka kini adalah entiti penting dalam pembangunan ummah dan ekonomi negara," katanya ketika merasmikan majlis penutup kursus tersebut di Dewan Seminar Majlis Daerah Pendang, hari ini. Menurutnya, penglibatan wanita sebagai pencari rezeki telah menjadi realiti dalam masyarakat moden, tambahan pula dengan kos sara hidup yang semakin meningkat. "Program ini diharap dapat membantu beliawanis menjalankan perniagaan sama ada sebagai pendapatan utama atau tambahan dalam keadaan ekonomi yang mencabar kini," jelasnya. Hadir sama, ADUN Tokai, YB Dato' Dr Mohd Hayati Othman dan Pengarah Sekretariat Belia Sejahtera Negeri Kedah, Ustaz Saiful Syazwan Shafie. Dalam pada itu, beliau turut menggesa pihak penganjur dan tenaga pengajar untuk membuat pemantauan berterusan terhadap peserta kursus. "Kita tidak mahu program ini sekadar melepaskan batuk di tangga. Selepas majlis penutup ini, bimbingan dan pemantauan perlu diteruskan sehingga peserta mencapai kejayaan," ujarnya. Tambah Muhamad Radhi, Kerajaan Negeri Kedah sentiasa komited dalam memastikan pembangunan belia bergerak seiring dengan kemajuan negeri melalui pelbagai program dan aktiviti bermanfaat. #UPDA #urussetiapenerangandarulaman -UPDA 11/15/2024, 9:30:56 PM 

Tiada ulasan