Header Ads

test

DESA SEJAHTERA: KEDAH BANTU 1,281 LOT TANAH UNTUK ATASI KEMISKINAN


DESA SEJAHTERA: KEDAH BANTU 1,281 LOT TANAH UNTUK ATASI KEMISKINAN ALOR SETAR – Kerajaan Negeri Kedah mengambil langkah proaktif dalam menangani isu kemiskinan melalui Program Desa Sejahtera agar yang berkelayakkan memiliki lot tanah untuk pembinaan rumah. Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, melalui pelancaran Desa Sejahtera di Kampung Perit pada 20 November 2024 yang lalu, kerajaan negeri kini memfokuskan penyelesaian ekonomi asas bagi kehidupan masyarakat melalui isu kemiskinan tanah. "Kerajaan negeri berpandangan, meskipun masyarakat terdahulu kehidupannya dilihat begitu susah, namun mereka masih mempunyai tapak tanah untuk pembinaan rumah," katanya. Tambahnya, peruntukan sebanyak 1,281 lot telah diperuntukkan melalui program Desa Sejahtera. Menurut Sanusi, kerajaan negeri meletakkan sasaran terkini bagi penyediaan lot tanah sebanyak 100 lot melalui Pegawai Daerah di daerah masing-masing. "Keperluan lot tanah mengikut daerah adalah berbeza, meskipun begitu setiap daerah turut mempunyai kedudukan sosioekonomi berbeza, ada yang lebih tinggi dan yang agak rendah mengikut daerah masing-masing," jelasnya sewaktu sesi perbahasan Sidang Bajet 2025 Negeri Kedah di Wisma Darul Aman, hari ini. Jelasnya juga, syarat pemilikan tanah Desa Sejahtera telah dibincangkan dan diperhalusi melalui mesyuarat EXCO Kerajaan Negeri Kedah berdasarkan beberapa penelitian tertentu. "Kita mengharapkan langkah ini dapat memberi jalan keluar kepada orang-orang miskin dan miskin tegar," ujarnya. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #sidangbajet2025 #UPDA -UPDA 11/27/2024, 12:30:15 PM 

Tiada ulasan