Header Ads

test

DESA SEJAHTERA REALISASIKAN HASRAT GOLONGAN KURANG BERNASIB BAIK


DESA SEJAHTERA REALISASIKAN HASRAT GOLONGAN KURANG BERNASIB BAIK KUALA NERANG – Seramai 100 keluarga miskin dan B40 di daerah ini bakal memiliki tanah tapak rumah melalui pelancaran projek Desa Sejahtera. Projek perintis yang dibangunkan di Kampung Perik, Mukim Kurong Hitam ini meliputi kawasan seluas 15 ekar dengan setiap lot berkeluasan purata 3,600 kaki persegi. Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, kerajaan menyedari kemampuan isi rumah untuk membeli rumah masih rendah berikutan nilai hartanah melambung tinggi menyebabkan berlakunya peningkatan harga semua jenis rumah di kawasan bandar dan luar bandar. "Saya berbincang dengan Pengarah Tanah dan Galian (PTG) minta disegerakan pemerosesan dokumen hakmilik dan Lesen Pendudukan Sementara (LPS). "Alhamdulillah, dalam tempoh empat tahun sejak tahun 2020 hingga tahun ini, kita sudah selesaikan lebih 5,700 pemberian geran hakmilik di seluruh Negeri Kedah," jelas Sanusi. Tambahnya, kumpulan sasaran bagi permohonan lot Desa Sejahtera ditetapkan daripada kalangan rakyat negeri Kedah yang berkeluarga, berstatus miskin tegar, miskin dan juga kalangan B40 yang tidak mempunyai tanah mahupun rumah. Jelasnya lagi, tanah kerajaan negeri dengan keluasan antara 3,000 hingga 4,000 kaki persegi juga bakal dijadikan plot tapak rumah. Sanusi berkata, perkara tersebut telah dibincangkan bersama pihak PTG. "Majlis pecah tanah yang kita lakukan pada hari ini menandakan permulaan satu perjalanan yang panjang. Sudah tentu akan ada cabaran dan rintangan namun tetapi dengan kerjasama dan semangat yang kuat untuk kita sama-sama berusaha membela saudara-saudara kita yang kurang bernasib baik, saya yakin kita akan berjaya," ujarnya. Beliau berkata demikian sewaktu Majlis Pecah Tanah dan Pelancaran Lot Desa Sejahtera daerah Padang Terap di Kampung Perik, Kuala Nerang. "Saya seru kepada semua untuk terus memberi sokongan kepada inisiatif seperti ini, kerana dalam masyarakat yang prihatin dan saling membantu, kita dapat membina sebuah komuniti yang lebih kukuh, harmoni dan sejahtera," katanya. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #thegreaterkedah #kampungperik #desasejahtera #mbkedah -UPDA 11/20/2024, 9:00:40 PM 

Tiada ulasan