Header Ads

test

FAKTA SEJARAH TIDAK BOLEH DIPESONGKAN - MB KEDAH


FAKTA SEJARAH TIDAK BOLEH DIPESONGKAN - MB KEDAH ALOR SETAR - Kerajaan Negeri Kedah sedang menunggu hasil kajian mendalam tentang hubungan sejarah antara Kedah dan Pulau Pinang yang akan dibentangkan pada bulan depan. Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata pasukan pengkaji yang terdiri daripada pakar perundangan dan sejarawan telah meneliti lebih 20,000 dokumen termasuk bahan arkib dari British Library. Tegas beliau, kajian berkenaan bukan sahaja menuntut semula hak Kedah tetapi juga membetulkan naratif sejarah yang telah lama diputarbelitkan. "Sejarah tidak boleh dipadamkan. Hak Kedah terhadap Pulau Pinang adalah fakta dan ia perlu diperbetulkan," kata beliau ketika penggulungan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah di Wisma Darul Aman. Beliau turut membuat perbandingan dengan kerajaan negeri Selangor yang menerima RM70 juta setahun daripada Kuala Lumpur. "Terbaharu, kerajaan Selangor juga sedang mengkaji untuk tuntut semula Kuala Lumpur. Sekarang RM70 juta dibayar kepada Selangor padahal saiznya kecil saja. "Apa yang Kedah buat tak salah. Kena lihat kembali dokumen yang mengikat kita dan sejauh mana ikatan itu berkuat kuasa," kata Sanusi semasa sidang media selepas penangguhan sidang DUN Kedah. Terdahulu, Kedah menuntut royalti pajakan Pulau Pinang RM100 juta daripada Persekutuan pada 2021 selepas tidak dinilai semula sejak 1786. Menteri Besar yakin fakta sejarah yang kukuh mampu mengubah situasi semasa dan hak Kedah terhadap Pulau Pinang. Tambahnya, usaha itu bukan untuk menentang perlembagaan sebaliknya melaksanakan tanggungjawab. "Sejarah tidak boleh dipesongkan. Kami tidak menentang perlembagaan, tetapi menuntut apa yang sememangnya hak Kedah," ujarnya. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #sidangbajet2025 #UPDA -UPDA 11/28/2024, 10:29:25 PM 

Tiada ulasan