Header Ads

test

IQDAR BUKAN INSTITUSI POLITIK


IQDAR BUKAN INSTITUSI POLITIK ALOR SETAR - Pengerusi Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan, YB Dato' Ustaz Mohd Azam Abd Samat seru Jabatan Pendidikan Negeri Kedah (JPN) beri kebenaran kepada Institut Al-Quran Darul Aman (IQDAR) untuk mengadakan kempen 'Jom Masuk IQDAR' di Sekolah-sekolah Menengah Agama dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan. Tegas beliau, pihak IQDAR bukanlah ahli politik dan tujuan utama adalah mengajak lebih ramai memasuki IQDAR untuk mendalami al-Quran. "Dengan bilangan yang tak sampai 300 orang, usaha telah diambil oleh pihak pengurusan IQDAR untuk turun kempen jom masuk IQDAR ke sekolah-sekolah agama di negeri Kedah. "Sampai ke hari ini surat kebenaran yang dimohon oleh pihak IQDAR bulan September belum dapat kebenaran daripada Jabatan Pendidikan negeri Kedah," ujarnya dalam sesi pergulungan Sidang Bajet Negeri Kedah 2025 di sini, hari ini. Kata beliau, sebagai rakyat negeri Kedah perlu berbangga dengan kewujudan IQDAR yang kini antara institusi pengajian Al-Quran terbaik di Malaysia yang menggunakan silibus Darul Quran JAKIM dan berjaya melahirkan ramai Huffaz Profesional. Menurutnya, peruntukkan kerajaan negeri sebanyak RM2.0 juta untuk membantu tujuh pengurusan institusi tersebut diharapkan dapat melahirkan lebih ramai huffaz Profesional. Tambahnya lagi, pembinaan asrama IQDAR sedang dilaksanakan dan dijangka siap pada akhir tahun 2025 dengan kos RM12 juta. "Kalau tengok lani kuota di IQDAR memang untuk 300 orang pelajar tetapi sekarang ni tak sampai 150 orang pelajar yang mengikuti pengajian di IQDAR. "Pelajar yang belajar di IQDAR ni dikenakan yuran pengajian sangat minimun dan waktu yang sama ada biasisawa dan bantuan dari Lembaga Zakat Negeri dan Yayasan Islam Negeri Kedah," katanya. #sidangbajetkedah2025 #urussetiapenerangandarulaman -UPDA 11/28/2024, 1:00:46 PM 

Tiada ulasan