Header Ads

test

JADI HAMBA BERTAKWA DI USIA MUDA


JADI HAMBA BERTAKWA DI USIA MUDA JITRA - Remaja yang hebat adalah mereka yang berusaha menjadi hamba bertakwa sejak usia muda. Pengerusi Jawatankuasa Industri & Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi & Sains, YB Dr. Haim Hilman Abdullah berkata, seorang hamba yang mengharapkan kejayaan luar biasa dari Allah, perlu meletakkan masa solat di awal waktu. "Mana mungkin seorang hamba akan berjaya ketika dia meletakkan Allah paling akhir. "Ketika remaja, insan yang hebat ini akan berfikir seperti orang dewasa untuk memajukan diri," ujar beliau dalam Program Motivasi Perdana SPM 2024 bertempat di Dewan Wawasan Jitra, di sini hari ini. Tambahnya lagi, beliau turut menasihati para calon SPM untuk menjaga hubungan dengan ibu bapa agar mendapat keberkatan daripada Allah SWT. Katanya, ketika mana anak muda tidak lagi melihat adab kepada ibu bapa adalah sesuatu perkara yang berharga, maka nantikan bencana dan malapetaka paling besar dalam hidup. Jelas beliau lagi, remaja perlu mementingkan ilmu kerana orang berilmu itu akan dipandang tinggi oleh masyarakat tanpa mengira agama dan bangsa. "Setiap orang ada 24 jam yang sama, tapi apa yang membezakan adalah orang yang berjaya bijak menguruskan waktu," katanya. #UPDA #urussetiapenerangandarulaman -UPDA 11/30/2024, 6:30:05 PM 

Tiada ulasan