KEDAH BERJAYA TEMPA KEDUDUKAN SEBAGAI DESTINASI PELABURAN PILIHAN ASIA
KEDAH BERJAYA TEMPA KEDUDUKAN SEBAGAI DESTINASI PELABURAN PILIHAN ASIA KULIM – Komitmen CKD Malaysia berjaya mengesahkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelaburan pilihan Asia menerusi hab pembuatan global, sekaligus mempercepatkan transformasi ke arah Perindustrian maju. Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, pembukaan CKD Malaysia selaras dengan usaha kerajaan untuk menggalakkan lebih banyak pelaburan sektor swasta dalam industri berteknologi tinggi serta mempromosikan amalan lestari dalam sektor pembuatan. "Kemudahan ini bukan sahaja akan menghasilkan produk berkualiti tinggi untuk pasaran domestik dan antarabangsa, tetapi juga akan mewujudkan pekerjaan bernilai tinggi, membangunkan bakat tempatan, serta memberikan peluang ekonomi baharu kepada komuniti setempat. Jelasnya, sektor pembuatan merupakan salah satu tonggak ekonomi yang turut menyumbang kepada KDNK. "Hari ini bukan sekadar perasmian sebuah kemudahan baharu, tetapi permulaan bab baharu dalam pertumbuhan industri Kedah," ujarnya sewaktu Majlis Perasmian CKD Malaysia di Kulim Hi-Tech Park, Kulim. Tambahnya lagi, peranan penting perlu digalas dalam mewujudkan peluang pekerjaan, memacu eksport serta dalam merancang inovasi teknologi. "Pelaburan anda dalam kemudahan ini bukan sahaja mencerminkan keyakinan terhadap Malaysia sebagai destinasi perniagaan, tetapi juga menunjukkan komitmen terhadap prinsip kelestarian, kualiti, dan inovasi yang sangat penting untuk kejayaan jangka panjang mana-mana organisasi. "Kerajaan Negeri Kedah kekal komited sepenuhnya untuk menyokong pertumbuhan perniagaan dan industri, dan saya berharap untuk melihat bagaimana CKD Malaysia akan menyumbang kepada kemajuan kita bersama," kata Sanusi. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #MBKedah -UPDA 11/21/2024, 5:23:10 PM
Post a Comment