Header Ads

test

KEDAH JANGKA KELUAR FATWA GISB BULAN HADAPAN


KEDAH JANGKA KELUAR FATWA GISB BULAN HADAPAN ALOR SETAR – Jabatan Mufti Negeri Kedah dijangka akan menjelaskan fatwa berkaitan dengan fahaman GISB Holding Sdn. Bhd (GISBH) pada bulan hadapan, kata Mufti Kedah, Sohibus Samahah Dato' Paduka Syeikh Fadhil Awang. Beliau menjelaskan, pihak GISB di Kedah menerima keputusan Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Fatwa MKI) walaupun Kedah belum mengeluarkan apa-apa lagi kenyataan. "Di Kedah ni, apabila perbincangan berkaitan GISB ni berleluasa, pihak mereka sendiri yang menutup pusat-pusat pengajian, sejauhnya yang kita tahu. "Kebetulan, sebelum Muzakarah MKI saya sempat memanggil pihak atasan GISB untuk bertanya khabar dan mendengar sendiri ulasan daripada pihak mereka. "Mereka menerima terdapat kesalahan-kesalahan yang mereka lakukan namun ada juga perkara yang tidak berlaku dan pihak mereka bersedia kembali ke pangkal jalan," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika sidang media di Majlis Penganugerahan Tauliah Mengajar Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman yang berlangsung di Dewan Seri Mentaloon, di sini, hari ini. Tambahan lagi, Syeikh Fadzil turut menyuarakan di dalam Muzakarah MKI aduan daripada pihak GISB untuk tidak mengganggu ekonomi syarikat mereka. "Mereka juga harapkan jangan melibatkan aktiviti ekonomi mereka. Dari segi amalan, mereka bersedia untuk memperbetulkan. "Di Kedah ini tidak lah seserius seperti negeri-negeri lain. Jadi walaupun belum mengeluarkan apa-apa fatwa tetapi bagi pihak GISB keputusan di pihak MKI sudah cukup untuk pihak mereka membetulkan. "Walau bagaimanapun Jabatan Mufti akan keluarkan juga fatwa dalam masa terdekat," jelas Mufti Kedah. #UPDA #urussetiapenerangandarulaman -UPDA 11/14/2024, 8:00:33 PM 

Tiada ulasan