Header Ads

test

KELUARGA PEMANGKIN PEMBANGUNAN NEGARA LESTARI


KELUARGA PEMANGKIN PEMBANGUNAN NEGARA LESTARI ALOR SETAR - Institusi kekeluargaan di Malaysia perlu diperkasakan bagi memastikan ia kekal kukuh sebagai pemangkin pertumbuhan modal insan dalam negara. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat Negeri Kedah, YB Dato' Hajjah Halimaton Shaadiah Saad, ibu bapa berperanan dalam pembentukan nilai serta menyediakan aktiviti yang boleh mengeratkan hubungan kekeluargaan. "Kajian Penduduk Dan Keluarga Malaysia Kelima (KPKM5) menunjukkan anak remaja suka melakukan aktiviti bersama keluarga seperti Berbual Bersama (86.2%), Makan Bersama (79.1%), Menonton TV (79.6%) dan Melakukan Aktiviti Keagaaman (10.5%). "Oleh yang demikian ibu bapa perlu lebih banyak menyediakan ruang dan waktu untuk bersama anak-anak ke arah pembentukan nilai yang unggul," ujarnya. Beliau berkata demikian dalam Majlis Sambutan November Bulan Keluarga Kebangsaan 2024 Peringkat Negeri Kedah bertempat di Dewan Al-Aman KRT Taman Budiman, di sini hari ini. Beliau turut menjelaskan bahawa Sambutan Bulan Keluarga Kebangsaan telah menjadi acara tahunan bermula pada tahun 2012 dengan pengisytiharan bulan November sebagai Bulan Keluarga Kebangsaan. Tambahnya, kejayaan penganjuran program itu adalah sebagai manifestasi kepada hasrat kerajaan untuk menjadikan Sambutan November Bulan Keluarga Kebangsaan sampai ke peringkat komuniti. "Malah penglibatan agensi kerajaan dan komuniti secara kolaboratif strategik dapat diterjemahkan pada kejayaan pelaksanaan program ini. #UPDA #urussetiapenerangandarulaman -UPDA 11/23/2024, 2:32:06 PM 

Tiada ulasan