Header Ads

test

KERAJAAN NEGERI KEDAH KOMITED BANGUNKAN SUKAN PARA DAN ATLET BERKEPERLUAN KHAS


KERAJAAN NEGERI KEDAH KOMITED BANGUNKAN SUKAN PARA DAN ATLET BERKEPERLUAN KHAS ALOR SETAR – Kerajaan Negeri Kedah komited untuk membangunkan sukan PARA dan atlet berkeperluan khas melalui pelbagai inisiatif dan peruntukan yang signifikan. Menurut Pengerusi Kepenggunaan dan Kos Sara Hidup & Belia dan Sukan Negeri Kedah, YB Haji Muhammad Radhi Mat Din, pembangunan sukan PARA kini mendapat perhatian serius daripada kerajaan negeri. Langkah itu adalah sebahagian daripada usaha menyeluruh untuk memastikan semua golongan masyarakat, termasuk golongan Orang Kurang Upaya (OKU) mendapat peluang yang sama rata dalam sukan. "Kerajaan negeri Kedah di bawah pimpinan YAB Dato' Seri Sanusi bin Md Nor juga telah memperuntukkan sebanyak RM8.35 juta dan peruntukan ini akan dibelanjakan sebaik mungkin dalam usaha mencapai hasrat melahirkan atlet – atlet negeri Kedah yang cemerlang serta mampu mengharumkan nama negeri di persada antarabangsa. "Bakat atlet para negeri akan terus digilap dengan kerjasama erat bersama Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Kedah dan Majlis Sukan Negeri (MSN) Kedah," katanya semasa sesi penggulungan di Sidang Dewan Undangan Negeri. Tambahnya, kerajaan negeri turut memfokuskan kepada pembangunan prasarana sukan bagi menyokong aktiviti atlet OKU dan atlet kebangsaan lain. Mengulas lanjut, Muhammad Radhi berkata kerajaan juga merancang penganjuran acara seperti Sukan Darul Aman (SUKDA) yang telah lama tertangguh dengan harapan acara berkenaan akan menjadi platform pencarian bakat baharu yang mampu mewakili Kedah dan Malaysia di persada sukan antarabangsa. "SUKDA kali ini dirancang untuk memfokuskan kepada acara acara terpilih yang berpotensi menawarkan pingat kepada negeri," katanya. Dengan pelaksanaan inisiatif seperti itu, kerajaan Negeri Kedah berharap dapat memperkasakan sukan dan mempromosikan integrasi sosial yang lebih baik, selari dengan tema Bajet 2025, E.R.A.T Sejahtera. #sidangbajetkedah2025 #urussetiapenerangandarulaman -UPDA 11/27/2024, 12:15:40 PM 

Tiada ulasan