Header Ads

test

PELABUHAN SANGLANG BAKAL JANA PERTUMBUHAN EKONOMI


PELABUHAN SANGLANG BAKAL JANA PERTUMBUHAN EKONOMI ALOR SETAR – Pembangunan sebuah pelabuhan baharu di Sanglang, Kubang Pasu yang bakal bertindak sebagai pemangkin pertumbuhan ekonomi negeri menerusi inisiatif pihak swasta. Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, pelabuhan yang bakal dibangunkan di daerah Kubang Pasu ini berfungsi sebagai jalan pintas antara Laut Andaman dan Gulf of Thailand sekaligus sebagai hub tenaga baharu. "Cadangan pelabuhan ini akan menjadi feeder port bagi melengkapi keperluan kapasiti pelabuhan di Pulai Pinang pada masa kini," katanya dalam sesi Sidang Bajet Negeri Kedah di Wisma Darul Aman, hari ini. Tambahnya, pihak syarikat telah mengemukakan cadangan kepada Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan kini sedang ditambahbaikkan berdasarkan maklum balas yang diterima. "Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Kedah (BPEN) telah mengadakan beberapa siri perbincangan dan mesyuarat teknikal bagi memperhalusi kesesuaian lokasi tapak dan bentuk pembangunan projek yang dicadangkan oleh pihak syarikat yang dijangkakan dan dimuktamadkan pada akhir tahun ini," jelasnya. Jelasnya lagi, kerajaan negeri meletakkan syarat penyediaan penempatan baharu terlebih dahulu bagi pemindahan dan penempatan penduduk yang terlibat dengan tapak projek, sebelum projek tersebut dijalankan. "Melihat kepada manfaat ekonomi yang bakal dinikmati khususnya dari segi peluang pekerjaan dan sumbangan kepada KDNK Kedah, kerajaan negeri komited untuk merealisasikan projek ini melalui kuasa-kuasa yang diperuntukkan di dalam Perlembagaan Persekutuan kepada negeri, khususnya urusan berkaitan tanah. "Pada masa yang sama, adalah diharap cadangan pelabuhan ini mendapat sokongan serta kelulusan Kerajaan Persekutuan kerana manfaatnya yang besar kepada pertumbuhan ekonomi negeri dan negara," ujarnya. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #sidangbajet2025 #UPDA -UPDA 11/25/2024, 11:45:12 AM 

Tiada ulasan