Header Ads

test

PEMBANGUNAN PROJEK LIMA LRA ATASI MASALAH BEKALAN AIR


PEMBANGUNAN PROJEK LIMA LRA ATASI MASALAH BEKALAN AIR ALOR SETAR – Sebahagian besar projek membangunkan Loji Rawatan Air (LRA) Pelubang menyumbang kepada utiliti air. Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, kerajaan negeri meminjam sebanyak RM470 juta kepada kerajaan Persekutuan untuk membangunkan LRA Pelubang. "Kita sedang membangunkan lima LRA, dengan peluang itulah kita akan menyelesaikan masalah bekalan air di Jerlun, Kubang Pasu, Kuala Kedah dan Alor Setar," kata beliau. Tambahnya, proses pembangunan di Kedah dijangka akan sedikit perlahan disebabkan penetapan syarat kemestian mempunyai utiliti bagi setiap perumahan. "Di Kedah sedang bermula satu agensi di bawah kerajaan negeri untuk kita mapping semua saluran dan saliran laluan utiliti, untuk kita tentukan 50 tahun akan datang semua kedudukan utiliti kita teratur dan tersusun untuk kemudahan kerajaan dan juga kemudahan pemaju pada masa itu," jelasnya. Beliau berkata demikian sewaktu Majlis Makan Malam REHDA di ABC Grand Ballroom, Alor Setar. "Negeri belanja RM470 juta untuk utiliti, sebahagiannya akan membantu adalah pemaju-pemaju untuk bangunkan projek perumahan masing-masing," katanya. Sanusi berkata, perkara yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Kedah/Perlis perlu diambil kira oleh pemaju dalam meletakkan kos kepada pembangunan. Jelasnya lagi, usaha pelaksanaan yang dilakukan adalah semata-mata untuk memastikan rakyat mendapat perkhidmatan tanpa mengambil sebarang keuntungan daripada kerajaan negeri. "Saya harap tuan-tuan semua dapat memahami keperluan dilaksanakan semua ini, dan tuan-tuan sokonglah langkah-langkah untuk faedah kita bersama pada masa depan. "Berilah kerjasama sepenuhnya untuk kemajuan dan pembangunan ini beroperasi, kurangkan birokrasi, kurangkan red tape (kerenah), untuk kita pastikan ekonomi kita berjalan, kalau politik kita maju, tapi ekonomi tak berkembang, tidak ada gunanya," ujarnya. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #MBKedah -UPDA 11/17/2024, 1:00:18 PM 

Tiada ulasan