Header Ads

test

PENJAWAT AWAM KEDAH DAPAT BANTUAN KHAS RM2000


PENJAWAT AWAM KEDAH DAPAT BANTUAN KHAS RM2000 ALOR SETAR - Kerajaan Negeri Kedah hari ini mengumumkan Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM2,000 sebagai menghargai komitmen penjawat awam Negeri Kedah. Menteri Besar, Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, bantuan khas kewangan itu akan dibayar pada Mac dan Jun tahun hadapan. Bantuan khas berkenaan melibatkan peruntukan keseluruhan berjumlah RM12 juta dan memberi manfaat kepada 5,376 penjawat awamnya. Perkara itu diumumkan beliau ketika membentangkan Belanjawan Negeri Kedah 2025 di Wisma Darul Aman di sini. "Kerajaan Negeri menghargai usaha dan sumbangan penjawat awam negeri serta jentera pentadbiran negeri," katanya. -UPDA 11/24/2024, 12:42:48 PM 

Tiada ulasan