PESAKIT TERLANTAR DAERAH BALING TERIMA BANTUAN BSPT
PESAKIT TERLANTAR DAERAH BALING TERIMA BANTUAN BSPT BALING - Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Wanita, Keluarga & Masyarakat dan Perpaduan negeri Kedah, YB Dato' Hajah Halimaton Shaadiah Saad bersama kumpulan Jawatankuasa Bantuan Sejahtera Pesakit Terlantar (BSPT) Negeri Kedah membuat Lawatan Turun Padang ke Daerah Baling. Sebanyak dua rumah dipilih dari setiap DUN yang dipilih iaitu Dun Kuala Ketil, DUN Kupang dan DUN Bayu. BSPT ini bertujuan untuk memberi sokongan kewangan serta moral kepada pesakit-pesakit terlantar dan memastikan mereka mendapat perhatian serta penjagaan yang sewajarnya. Dua pesakit dari DUN Kuala Ketil adalah Che Som Lateh,81 terlantar sakit akibat stroke dan Zainah Ghazali, 75 yang menghidap penyakit kencing manis kronik. Bagi DUN Kupang dua pesakit yang terpilih adalah Bakar Hanafiah, 79 pesakit darah tinggi dan kencing manis serta Shahril Abu Mansor, 29 yang merupakan OKU terlantar (Celebral Palsy). Seterusnya, pesakit bagi DUN Bayu adalah Habsah Bakar,70 yang uzur dan Mohd Zakaria Md Saman, 55 menghidap penyakit parkinson kronik. #UPDA #urussetiapenerangandarulaman -UPDA 11/14/2024, 3:35:40 PM
Post a Comment