Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post
PROJEK KAWALAN HAKISAN PANTAI DAN PENAHAN OMBAK KAMPUNG HUMA HAMPIR SIAP Selesai lawatan kerja di LRA Bukit Selambau, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar, YB Haji Mohamad Yusuf@Munir Haji Zakaria bersama ADUN Tanjung Dawai, YB Ustaz Hanif Ghazali melawat Projek Pengawalan Hakisan Pantai di Kampung Huma, Tanjung Dawai. Alhamdulillah, permohonan bajet segera bernilai RM200,000 telah diluluskan oleh Pegawai Kewangan Negeri untuk membolehkan projek ini dilaksanakan sementara menunggu projek RM22 juta yang akan ditender pada tahun hadapan. Beliau berharap projek ini dapat disiapkan mengikut jadual bagi kesejahteraan bersama. #UPDA #urussetiapenerangandarulaman -UPDA 11/4/2024, 2:00:39 PM
Post a Comment