Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar, YB Haji Mohamad Yusuf@Munir Haji Zakaria mengadakan lawatan kerja ke Projek Menaiktaraf Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Selambau. Lawatan ini bertujuan meninjau perkembangan projek serta mengenal pasti masalah yang dihadapi pihak kontraktor sehingga menyebabkan kelewatan dalam pelaksanaan. Beberapa isu dan permasalahan projek telah dibangkitkan dengan tujuan mencari penyelesaian bersama bagi memastikan projek berjalan lancar dan selesai mengikut jadual. Turut hadir dalam lawatan ialah ADUN Bukit Selambau, YB Ustaz Azizan Hamzah; ADUN Tanjung Dawai, YB Ustaz Hanif Ghazali; Pengarah JKR Negeri Kedah, Ir. Mohd Fisal Ismail; Penolong Pengarah BPEN; Penolong Pegawai Daerah; pihak perunding serta wakil dari pihak kontraktor yang terlibat. #UPDA #urussetiapenerangandarulaman -UPDA 11/4/2024, 11:30:29 AM 

Tiada ulasan