Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar, YB Haji Mohamad Yusuf@Munir Haji Zakaria merasmikan Seminar Bahan Binaan Industri Pembinaan di Bawah Jadual Ke-4 Akta 520, CIDB Malaysia, yang dianjurkan oleh CIDB Negeri Kedah. Program yang berlangsung di Raia Hotel itu dihadiri oleh lebih 100 pemain industri pembinaan, termasuk kontraktor, pengimport dan pengeluar dari seluruh negeri. Dalam ucapan perasmian, beliau menzahirkan penghargaan kepada CIDB Negeri Kedah atas penganjuran seminar ini yang bertujuan meningkatkan pemahaman berkaitan kualiti dan keselamatan bahan binaan. YB Haji Mohamad Yusuf@Munir Haji Zakaria turut menekankan kepentingan pematuhan kepada standard bahan binaan untuk memastikan keselamatan pengguna dan pekerja binaan di tapak. Dalam konteks sektor pembinaan, inovasi teknologi seperti Construction Revolution 4.0 (CR 4.0), penggunaan sistem IBS (Industrial Building Systems) dan pelaksanaan Building Information Modelling (BIM) menjadi keperluan penting bagi menghadapi cabaran masa depan. Seminar ini juga memberi penekanan kepada Sistem Penilaian Kualiti untuk Kerja Pembinaan Bangunan (QLASSIC), yang membantu memastikan kualiti projek pembinaan yang lebih baik. Turut hadir Timbalan Setiausaha (Pembangunan) Kerajaan Negeri Kedah, Dato' Hj Mohd Fauzi Mustaffa serta wakil dari JKR dan Kastam Negeri Kedah. Beliau berharap agar seminar ini menjadi platform untuk kerjasama strategik dalam kalangan pemain industri, seiring dengan matlamat Kedah 2035 untuk membangunkan negeri yang sejahtera, lestari, dan inovatif. #UPDA #urussetiapenerangandarulaman -UPDA 11/20/2024, 10:35:06 AM 

Tiada ulasan