Majlis Konvokesyen Universiti Utara Malaysia Ke-37
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah berkenan berangkat mencemar duli ke Majlis Konvokesyen Universiti Utara Malaysia Kali Ke-37 hari ini.
Turut berangkat mengiringi Baginda Tuanku Sultan Kedah, Raja Muda Kedah, Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Tuanku Mahkota Kedah, Duli Yang Amat Mulia Tunku Shazuddin Ariff Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin.
Dalam sidang ini, UUM telah menganugerahkan Anugerah Pelajaran DiRaja kepada dua orang penerima. Anugerah Pelajaran Diraja dianugerahkan kepada graduan Ijazah Sarjana Muda Falsafah, Undang-Undang dan Perniagaan, Muhammad Shuib Rosli dan graduan Sarjana Muda Hal Ehwal Antarabangsa, Emina Kulasic Bong Ei Min.
Hadir sama Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor; Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Dato' Seri Norizan Khazali; Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Wanita, Keluarga & Masyarakat, Perpaduan, YB Dato' Hajah Halimaton Shaadiah Saad; Mufti Negeri Kedah Darul Aman, Sohibus Samahah Dato' Paduka Syeikh Fadzil Awang.
Post a Comment