Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post
Sewaktu ADUN Kupang, YB Brigedier Dato' Haji Najmi Haji Ahmad menjawat sebagai Exco Kerajaan Negeri pada penggal lalu, beliau telah mengangkat projek menaik taraf saluran paip lama usang kepada paip baharu di Kampung Badang. Alhamdulillah projek berkenaan telah diluluskan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) pada tahun ini. Dalam tinjauan beliau bersama Pengerusi Majlis Ketua Kampung Badang, Amran Arshad, Pegawai Khas ADUN Kupang, Mohd Sabri Abu Bakar dan penduduk kampung semalam, kerja-kerja memasang paip sedang dijalankan. Saluran paip baru sepanjang tujuh kilometer ini akan memberikan manfaat kepada 360 buah rumah dengan jumlah isi rumah seramai 1800 orang. Kesemua pengguna bekalan air masyarakat ini melibatkan penduduk di tiga buah kampung iaitu Kampung Badang, Kampung Simpang Gelugor Atas dan Simpang Gelugor Bawah. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UPDA #urussetiapenerangandarulaman -UPDA 11/6/2024, 11:30:19 AM
Post a Comment