Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


Pengerusi Jawatankuasa Industri & Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi & Inovasi, YB Dr Haim Hilman Abdullah mewakili kerajaan negeri Kedah menyempurnakan majlis pecah tanah untuk pembangunan kilang baharu Gultech di Kulim Hi Tech Park, Kedah. Gultech telah membuat pelaburan sebanyak RM300 juta, sekaligus memperkukuh kedudukan Malaysia dalam industri pembuatan berteknologi tinggi di peringkat global. Keputusan Gultech untuk meluaskan operasi di sini adalah bukti potensi Kedah sebagai hab utama dalam bidang pembuatan dan teknologi maju. Antara impak positif yang bakal dibawa oleh Gultech ialah penciptaan 600 peluang pekerjaan dan peluang pertumbuhan untuk industri tempatan. Kedah sentiasa terbuka untuk pelabur-pelabur dunia menjadi sebahagian daripada kejayaan The Greater Kedah. #UPDA #urussetiapenerangandarulaman -UPDA 11/13/2024, 10:30:33 AM 

Tiada ulasan