Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


Majlis Pecah Tanah Dan Pelancaran Lot Desa Sejahtera Daerah Padang Terap dirasmikan oleh Menteri Besar, YAB Dato' Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor di Kampung Perik, Mukim Kurong Hitam, Kuala Nerang hari ini. Lot tanah ini akan diberi kepada penerima yang tidak mempunyai tanah untuk mendirikan kediaman dengan keutamaan diberikan kepada golongan miskin dan miskin tegar. Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Dato' Seri Norizan Khazali; ADUN Kuala Nerang, YB Mohamad Yusuf@Munir Haji Zakaria, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan, YB Dato' Ustaz Mohd Azam Abd Samat; Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kesihatan, YB Mejar (B) Mansor Zakaria; Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Wanita, Keluarga & Masyarakat dan Perpaduan, YB Dato' Hajah Halimaton Saadiah Saad; Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan, YB Dato' Salleh Saidin; Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah, Dato' Muhammad Aroff Darus, ADUN Pedu, YB Mohd Radzi Md Amin. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #MBKedah #kampungperik #thegreaterkedah -UPDA 11/20/2024, 8:06:53 PM 

Tiada ulasan