Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


NASIB TIGA BERADIK TIADA SIJIL LAHIR TERBELA Nasib tiga beradik iaitu Mohd Syafiq Abd Hafiz,Nur Imani Abd Hafiz dan Mohd Shafiz Asraf Abd Hafiz terbela setelah berjaya memiliki dokumen kelahiran oleh Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Kedah. Mereka amat gembira kerana akhirnya boleh melanjutkan pelajaran ke sekolah serta menerima rawatan di hospital Sultanah Bahiyah kerana salah seorang daripada adik beradik tersebut menghidap penyakit Thalasemia. Ketiga-tiga beradik berasal dari Kampung Ketol Tunjang, Jitra itu mengalami kesukaran mendapatkan sijil kelahiran kerana pendaftaran lewat akibat daripada krisis penceraian ibu bapa mereka. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat Negeri Kedah, YB Dato' Hajjah Halimaton Shaadiah Saad mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Kedah di atas kerjasama memudahkan permohonan beliau untuk mendapatkan sijil kelahiran buat kanak-kanak tersebut. #UPDA #urussetiapenerangandarulaman -UPDA 11/7/2024, 3:01:01 PM 

Tiada ulasan