Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar, YB Haji Mohamad Yusuf@Munir Haji Zakaria mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan (FTC) dan Mesyuarat Jawatankuasa Tender Syarikat Air Darul Aman (SADA) yang diadakan di Bilik Mesyuarat Bangunan SADA. Perbincangan utama dalam mesyuarat ini melibatkan hal ehwal kewangan serta perancangan strategik SADA dalam usaha meningkatkan kecekapan dan kemampanan operasi syarikat air negeri. Mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh Ahli Jawatankuasa FTC, Pegawai Kewangan Negeri, CEO MBI, CEO SADA, dan COO SADA. #UPDA #urussetiapenerangandarulaman -UPDA 11/12/2024, 2:00:46 PM
Post a Comment