Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar, YB Haji Mohamad Yusuf@Munir Haji Zakaria menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah Padang Terap kali ke-11 yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Padang Terap, Tuan Azmin Zainol Abidin di Pejabat Daerah Padang Terap. Mesyuarat ini membincangkan pelbagai agenda penting, termasuk pelan pembangunan dan isu-isu yang berlaku di daerah Padang Terap. Usai mesyuarat di Padang Terap, beliau menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Tender Syarikat Air Darul Aman (SADA) di Wisma Darul Aman. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Dato' Wira Hj Syed Khairol Syed Abidin, Pegawai Kewangan Negeri Kedah yang bertujuan untuk membincangkan proses dan kelulusan tender bagi projek-projek berkaitan bekalan air. Kedua-dua mesyuarat ini amatlah penting terhadap pembangunan daerah dan pengurusan projek negeri yang lebih cekap. #UPDA #urussetiapenerangandarulaman -UPDA 11/19/2024, 12:00:19 PM
Post a Comment