Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


Pengerusi Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan, YB Dato' Ustaz Mohd Azam Abd Samat bersama delegasi kerajaan negeri Kedah mengadakan satu pertemuan dengan Education Malaysia Egypt (EME) di Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah. Pertemuan diadakan bagi membincangkan peluang dan jaringan pendidikan yang terdapat di Mesir. Lawatan ini amat penting kerana Education Malaysia Egypt merupakan sebuah badan berautoriti bagi pengurusan pendidikan bagi pelajar Malaysia di Mesir. Para delegasi turut menyatakan hasrat bagi mengadakan latihan praktikal dan industri bagi mahasiswa Malaysia di Mesir khususnya anak-anak negeri Kedah. Hasrat ini turut di sokong oleh EME bagi menambah kemahiran dan pendedahan buat anak-anak mahasiswa. Semoga dengan segala usaha ini dapat membuka lebih banyak peluang dan nilai tambah buat mahasiswa. #UPDA #urussetiapenerangandarulaman -UPDA 11/17/2024, 2:00:26 PM 

Tiada ulasan